Tuesday, June 28, 2011

Setahun telah berlalu...

Semalam.... 28 Jun 2011... genap setahun kami sekeluarga bersama mak, tok yah, tok wan, tok ngah n mak ngah dalam perjalanan untuk menunaikan Umrah...

Kerinduan yang tak pernah padam... rindu... sangat pada bumi Makkah dan Madinah...

InsyaAllah... sekiranya berkesempatan ... akan ku lakarkan cerita dan kejadian yang berlaku yang dilalui kami sekeluarga..

Wednesday, March 9, 2011

Bayar duit...

Selepas confirm dengan semua... kami terus membuat tempahan kerana tempat agak terhad... aku memilih Saudi dan terus ke Madinah... ianya berdasarkan nasihat rakan-rakan...

Agak mudah kata mereka kerana aku membawa anak-anak dan warga tua....  Pagi Ahad (di bulan Mac) kami selesai membayar tempahan... dan jadual penerbangan adalah pada minggu akhir Jun...

Di pejabat aku segera mengisi borang permohonan untuk keluar negara...suamiku juga dah selesai isi borang di pejabatnya...

Tengahari dapat panggilan dari Bonda... pak cik ku dan isterinya juga berhajat nak ke Mekah...alhamdulillah.. bertambah lagi...

Aku minta bantuan suami untuk semak... malangnya... dah penuh.... tak ada rezeki... tak pe... insyaAllah... kalau dah tanam niat ke sana...akan dipermudahkan olehNya.

Awal Mac 2010 --- mula survey budget untuk Umrah...

Hati begitu meronta-ronta nak ke Mekah... teringin sangat... dan nak bawak bonda sekali. Dah bertahun hajat hati nak pergi... cuma duit kurang cukup....

Bondaku pernah menunaikan Haji pada tahun 2003... tapi aku berhajat nak bawa... untuk leraikan kerisauan dan keresahan  yang ada pada mak...

Suamiku mencadangkan agar anak-anak turut dibawa bersama... dan dari situ kami mula survey yang mana ok... dan alang-alang bawak bonda... kenapa tak nak bawak ibu mertua ? biar adil dan saksama...

Lebih kurang dua ke tiga minggu survey dibuat... kami memilih pakej Andalusia... Suamiku inginkan Umrah Ziarah... at least dapat juga pijak negara lain... aku kurang setuju berikutan perlu membawa anak-anak dan warga tua... walaupun hanya Bonda yang tak berapa kuat...

Bonda telah dimaklumkan mengenai hajat kami nak bawak dia dalam tahun ni... pada malamnya suamiku menelefon ibunya... mengajak... dan ajak juga tok wan... kalau arwah abah masih ada... sudah tentu diajak  sekali.

Pada pagi Ahad... Ibu Mertua memaklumkan... Tok Ngah n Mak Ngah nak ikut sekali....so kami akan pergi dengan tiga orang kanak2... dan lima warga tua yang berumur 60 tahun ke atas... syukur padaNya...